Lori Treler di Kuala Lumpur dan Selangor

Khidmat sewa lori treler kami di Kuala Lumpur, Selangor dan Shah Alam memberikan penyelesaian kepada pelanggan kami memastikan kos pengangkutan dapat dikurangkan dengan tetap memberikan kecekapan serta kos perkhidmatan terbaik.

Kami komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami, dan kami berbangga dengan senarai lori treler moden kami yang boleh memberikan perkhidmatan berdasarkan keperluan anda. Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu menyewa treler dari kami. Anda perlu menggantikan treler anda jika ia rosak atau dalam jadual penyelenggaran. 

Ataupun anda mempunyai lebihan kerja yang memerlukan treler yang besar untuk satu kali sahaja kerana kehendak kerja.

Kami memulakan dengan mendengar keperluan pelanggan kerana berdasarkan pengalaman kami, pakej keperluan treler ini sentiasa berlainan mengikut keperluan kerja anda.

Kenapa memilih perkhidmatan treler kami?

Tidak kira berapa besar atau kecil kerja itu, kami mempunyai pemandu lori yang selamat dan treler yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan kerja anda. Walau apa pun senario kerja itu, menyewa treler kami mungkin menjadi solusi yang sempurna bagi memastikan urusan kerja anda selesai.

Kami berbangga dengan apa yang kami mampu tawarkan kepada pelanggan kami dengan harga yang berpatutan untuk jangka pendek mahupun untuk kontrak penggunaan jangka panjang.

Berhubung dengan kami jika anda mahu:

– Kemudahan perkhidmatan tempatan secara menyeluruh sepanjang semenanjung Malaysia

– Kebolehpercayaan kepada kepelbagaian jenis lori treler yang diselenggara dengan baik

– Terlatih, fokus, serta berpengalaman luas dan komitmen dalam khidmat pelanggan

– Pilihan lori treler kami yang moden, lori dan treler yang di selenggara dengan baik serta dipandu oleh pemandu yang berlesen dan terlatih.

Dengan kepelbagaian jenis treler, kami boleh menyesuaikan treler bergantung kepada kehendak komersial dan perniagaan anda. Pertumbuhan yang pesat dan mampan dari syarikat kami membuktikan kemampuan kami dalam memastikan kerja dibuat dengan baik dan memberikan solusi kepada pelanggan dan kami akan bekerja dengan lebih dekat bagi memastikan kerja ini lebih individual dan profesional.

Treler kami mempunyai fleksibiliti di mana ia boleh menampung pelbagai jenis kargo. Treler curtain sided semi treler ini boleh digunakan untuk treler biasa, treler 40 kaki, 20tan, treler kotak 40 tan dan pelbagai jenis konfigurasi. Fleksibiliti itu tidak terhenti di situ. Tugasan masuk dan memunggah barangan akan menjadi lebih mudah. Pemandu dan pekerja gudang boleh mengangkat muatan dengan forkllift sama ada melalui bahagian hadapan pintu treler ataupun dari bahagian sisi treler dan ada beberapa model yang mana mempunyai tail lift.

Direka dengan struktur yang berintegriti, kebanyakan treler kami mempunyai sokongan aluminium di bahagian hadapan dan belakang dengan rail atap untuk kekuatan tambahan. Bahagian tapak diperkuatkan untuk kekuatan dan mudah akses. Bahagian sisi biasanya dibuat dari PVC yang disalut fabrik polyester, direka untuk ringan dan tahan lama dan kemampuan menampung berat. Dikonfigurasikan di bahagian rata atas dek, dengan atau tanpa lantai tambahan, dan beberapa kombinasi tambahan.

Kami menawarkan ketenangan kepada anda apabila menempah dan menyewa lori treler kami hari ini. Sila berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan yang mesra kami untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan pilihan treler kami untuk menyesuaikan dengan perniagaan anda. Apa sahaja keperluan pengangkutan treler anda, kami bersedia mendengar dan membantu syarikat anda.

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan lori treler dikira?

Kos perkhidmatan lori treler adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • jarak km dari tempat pickup ke destinasi
  • saiz, jenis lori dan berapa tan lori yang diperlukan
  • bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
  • bilangan trip perjalanan yang diperlukan

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori treler di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Seremban, Pulau Pinang, Johor dan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti berapa tan dan jenis lori treler yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip, lokasi anda, lokasi destinasi, jenis dan berat muatan barang-barang dan tarikh sewaan lori diperlukan.

Testimoni

“ Kami berterima kasih untuk pengangkutan sewa lori treler 10 tan anda, terutama apabila situasi itu memerlukan penghantaran barang dalam masa yang singkat dan tepat pada masanya. Terima kasih kepada pasukan pekerja syarikat anda.”

Sam

“ Organisasi kami telah menggunakan servis sewa lori treler 15 tan syarikat anda sejak Disember 2018 untuk rangkaian pengedaran barangan syarikat kami ke Ipoh dan Kuantan. Pasukan anda sentiasa profesional dalam menjalankan tugas. Terima kasih.”

Mr Chandran

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera