Kami adalah syarikat perkhidmatan sewa lori kotak yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor.
Syarikat kami memberi tumpuan memberikan perkhidmatan lori transport yang berkualiti dalam pengangkutan barang untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang, Selangor dan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Apabila memilih sebuah syarikat pengangkutan lori kotak, tips yang terbaik adalah memastikan anda mencari syarikat yang berpengalaman dan dipercayai. Kami telah berada di industri ini selama bertahun-tahun, dan dianggap sebagai salah sebuah syarikat terbaik dalam industri pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan berkualiti dan efisien.
Syarikat kami mempunyai lori bonded, kotak dan kanvas bermula dari 3 tan, 5 tan, 10 tan serta lori treler untuk memenuhi permintaan pelanggan kami.
Perkhidmatan Pengangkutan
Kami menyediakan perkhidmatan lori angkat barang yang boleh dipercayai dan tepat pada waktu untuk barang kargo ke destinasi yang diinginkan oleh pelanggan kami di Semenanjung Malaysia. Kawasan khusus penghantaran kami merangkumi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak.
Kami juga boleh membuat penghantaran khas ke negeri lain seperti Johor, Kuantan dan Pulau Pinang berdasarkan keperluan pelanggan.
Syarikat kami adalah terkenal dengan perkhidmatan yang boleh dipercayai, tepat pada masanya, dan harga berpatutan.
Kami menyediakan penyelesaian pengangkutan untuk pelanggan sama ada perniagaan kecil, sederhana atau besar. Pelanggan kontrak kami adalah dalam pelbagai industri termasuk peruncit, pemborong makanan dan minuman, syarikat pembotolan, pembungkusan plastik, produk logam, dan lain-lain.
Pengangkutan lori transport kami termasuk:
– Lori treler panjang 40 kaki
Semua lori dan pemandu kami adalah didaftar dengan dokumen JPJ yang sah dan berpengalaman. Lokasi perkhidmatan kami merangkumi seluruh kawasan Semenanjung Malaysia.
Matlamat kami adalah menjadi pilihan pertama perkhidmatan pengangkutan lori untuk para pelanggan di Malaysia.
Pasukan kami berusaha untuk menjadi rakan niaga yang boleh dipercayai dengan pelanggan yang berharga dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan barang mereka yang berkualiti.
Sekiranya anda sedang mencari syarikat pengangkutan yang boleh dipercayai untuk penghantaran barang atau penghantaran segera, jangan tunggu lagi dan menghubungi kami untuk pertanyaan dan sebut harga. Pasukan khidmat pelanggan kami sedia membantu anda dengan senang hati.
Jenis Lori Untuk Disewa
Soalan Lazim
Bagaimanakah kos perkhidmatan lori kotak dikira?
Kos perkhidmatan lori kotak adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:
- jarak km dari tempat pickup ke destinasi
- saiz, jenis lori kotak dan berapa tan lori yang diperlukan
- bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
- bilangan trip perjalanan yang diperlukan
Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori kotak di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia.
Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?
Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti berapa tan dan jenis lori kotak yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip, lokasi anda, lokasi destinasi, jenis dan berat muatan barang-barang dan tarikh sewaan lori diperlukan.
Testimoni
“ Kami berterima kasih di atas kerjasama daripada syarikat anda tentang keperluan pengangkutan sewa lori kotak kami pada masa yang singkat. Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan pekerja syarikat anda.”
Encik Goh
“ Organisasi kami telah menggunakan servis sewa lori kotak 5 tan syarikat anda sejak Februari 2020 untuk rangkaian pengedaran barangan syarikat kami ke Johor dan Pulau Pinang. Pekerja anda profesional dan sentiasa memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada kami. Terima kasih.”
Encik Syed
Alviz Biz Resources (002503879-H)
Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm
Alamat
Turf View Apartment,6-31, Jalan Serdang Raya,
Telefon
Hubungi kami hari ini
E-mel
Dapatkan Sebut Harga Percuma
Dapatkan informasi segera