Sewa Lori Tailgate di Kuala Lumpur dan Selangor

Perkhidmatan lori sewa tailgate kami di Kuala Lumpur dan Selangor adalah sesuai untuk perniagaan yang tidak mempunyai forklift. Kami menawarkan servis lori tailgate untuk mengangkat atau menghantar barangan anda di mana-mana lokasi di Lembah Klang dan Petaling Jaya termasuk Seremban. 

Pemindahan muatan berat syarikat dari satu lokasi ke lokasi lain bukanlah suatu tugas yang mudah. Kebanyakan syarikat tidak mempunyai kenderaan, peralatan, pekerja mahir atau pengalaman yang diperlukan untuk pemindahan jenis ini. Kami berbangga kerana kami merupakan salah satu syarikat pemindahan komersial dengan lori tail lift yang berpengalaman dan boleh dipercayai di KL. Kenderaan lori kami dilengkapi dengan semua kemudahan untuk memuat dan memunggah barangan tanpa kerumitan.

Lori Tailgate. Apakah Itu?

Lori tailgate ialah lif mekanikal yang dipasang di bahagian belakang lori. Lori dengan tailgate mampu mengangkat barang dari lantai atau tempat pemunggahan ke dalam kenderaan, dan begitu juga sebaliknya.

Perkhidmatan lori tailgate kami adalah penyelesaian yang mudah untuk pemindahan barang seperti berikut:

  • Skid, palet dan barangan yang lebih besar
  • Produk elektronik dan mesin berat
  • Barangan sensitif dan rapuh
  • Barangan untuk pameran komersial – peralatan khusus, poster pameran

Pengangkutan Lori Tailgate yang Pantas dan Boleh Dipercayai

Nikmati kemudahan penghantaran barang anda pada hari berikutnya atau hari yang sama apabila anda menghubungi kami. Pelanggan kami boleh memilih mana-mana jadual waktu penghantaran berikut:

  • Standard – Kami menghantar barangan anda pada hari berikutnya.
  • Segera – Kami mengambil barang anda pada hari yang sama dan membawanya terus ke destinasi.

Anda akan berpuas hati apabila barangan anda dihantar pada masa yang lebih awal untuk meningkatkan produktiviti syarikat anda dalam perkara ini.

Penghantaran Barang dengan Selamat

Apabila anda memilih perkhidmatan lori tailgate 1 tan atau 3 tan syarikat kami, anda mendapat lebih daripada perkhidmatan penghantaran cepat. Anda juga akan mendapat manfaat daripada pemuatan dan penghantaran yang selamat serta berpengalaman.

Kakitangan kami yang mesra telah dilatih untuk mengangkat dan menghantar barang yang paling berat dengan selamat menggunakan sistem angkat kami yang mudah. Apabila anda menggunakan lori tailgate kami, anda tidak memerlukan forklift, mesin atau peralatan lain yang mahal dan berbahaya. Kami juga menyediakan palet jack, troli roda dan tali.

Hubungi kami sekarang untuk perkhidmatan lori sewa tailgate murah yang pantas di Lembah Klang, Damansara dan Subang Jaya untuk memenuhi keperluan perniagaan anda.

Jenis Lori Untuk Disewa

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan lori tailgate dikira?

Kos perkhidmatan lori tailgate adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • jarak km dari tempat pickup ke destinasi
  • saiz, jenis lori tail lift dan berapa tan lori yang diperlukan
  • bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
  • bilangan trip perjalanan yang diperlukan

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori tailgate di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia.

Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti berapa tan dan jenis lori tail lift yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip, lokasi anda, lokasi destinasi, jenis dan berat muatan barang-barang dan tarikh sewaan lori tailgate diperlukan.

Testimoni

“ Kami berterima kasih kepada pasukan berpengalaman dari syarikat anda untuk servis lori sewa tailgate 1 tan untuk kedai kami pada minggu lepas.”

Puan Delia

“ Terima kasih untuk servis lori tail lift 3 tan yang berpatutan di Petaling Jaya. Kami dapat memindahkan mesin berat syarikat kami dengan cepat.”

Encik Lee

Alviz Biz Resources (002503879-H)

Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm

Alamat

Turf View Apartment,6-31, Jalan Serdang Raya, ​43300, Seri Kembangan, Selangor.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera

Senang Pindah Dapatkan Sebut Harga:

  • DD slash MM slash YYYY
  • Sila senaraikan semua barang yang perlu dipindahkan.