Transport Piano di Kuala Lumpur & Selangor

Syarikat kami telah membantu ramai pelanggan kami terutamanya peminat muzik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk transport piano mereka dari satu lokasi ke lokasi yang lain selama bertahun-tahun. Ini adalah salah satu perkhidmatan berkualiti kami yang membuatkan pelanggan kami menghormati kami dan mengulangi perkhidmatan pemindahan piano untuk berkali-kali.

Kami mempunyai kakitangan yang berkelayakan dan terlatih untuk pemindahan piano.
Pakar pengangkutan piano kami berpengalaman dan boleh memindahkan piano anda ke lokasi baru anda sama ada ke rumah landed, kondo, dan juga termasuk membawa piano anda melalui tangga sekiranya tempat baru atau lama anda tiada perkhidmatan lif.

Kami memberikan anda perkhidmatan transport piano yang cepat, selamat dan dengan harga yang berpatutan kerana kami memahami bahawa piano anda adalah berharga dan perlu dipindahkan dengan teliti.

Pemindah piano profesional mempunyai kemahiran dan menggunakan cara yang terbaik untuk memindahkan piano anda tanpa menyebabkan kerosakan kepada piano atau lokasi anda. Salah satu teknik semasa memindahkan piano adalah kami akan memastikan bahawa semua tepi piano yang perlu dipindahkan dibungkus dan dilindungi. Piano adalah objek mudah rapuh, walaupun berat piano mungkin menunjukkan sebaliknya. Selama bertahun-tahun, kami mempunyai pengalaman dalam pemindahan piano dari pelbagai model / jenis / saiz.

Pengangkutan dan peralihan piano yang kami tawarkan termasuk:
– Piano jenis upright
– Piano jenis baby grand atau grand piano
– Piano bersaiz besar
– Piano elektrik
– Organ

Hubungilah kami untuk servis lori sewa pindah piano dengan harga yang munasabah hari ini.

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan pindah piano dikira?

Kos perkhidmatan lori sewa pindah piano adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • jenis piano
  • saiz piano
  • jarak dan lokasi perjalanan dari lokasi lama ke lokasi baru
  • adalah lokasi anda mempunyai lif atau piano perlu dipindahkan melalui tangga untuk kediaman yang bertingkat

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori sewa pindah piano di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti gambar piano yang perlu dipindahkan, lokasi piano dan tarikh pemindahan.

Testimoni

“ Terima kasih kepada pasukan anda yang membantu saya untuk transport piano ke kondo baru saya di Wangsa Maju. Mereka memindahkan piano saya dengan teliti dan ianya dibungkus dengan baik sebelum dipindahkan. ”

Janice

“Keluarga saya memerlukan khidmat untuk pindah piano jenis upright kami minggu lepas dari Subang Jaya ke Bandar Utama. Terima kasih untuk servis pindah piano yang berkualiti.”

Cassandra

Alviz Biz Resources (002503879-H)

Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm

Alamat

Turf View Apartment,6-31, Jalan Serdang Raya, ​43300, Seri Kembangan, Selangor.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera

Senang Pindah Dapatkan Sebut Harga:

  • DD slash MM slash YYYY
  • Sila senaraikan semua barang yang perlu dipindahkan.