Lori Sampah di Kuala Lumpur & Selangor

Adakah anda perlu menghubungi syarikat yang menawarkan khidmat lori sampah di Kuala Lumpur atau Selangor. Anda ada menghadapi masalah buang sampah sarap, ketika anda membersihkan kawasan rumah anda? Suasana yang bersih adalah sangat penting untuk menenangkan fikiran. Ia terbukti dengan suasana yang bersih dan kemas membantu produktiviti dan perkembangan kerja anda.

Berita baik untuk anda. Syarikat kami menawarkan perkhidmatan lori pembuangan sampah yang terbaik di Malaysia, utamanya di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Kami menawarkan perkhidmatan ini dari kawasan perumahan ke pusat komersial dan kawasan lain juga.

Jenis pembuangan sampah yang kami tawarkan adalah:

Pembuangan barangan rumah

Kami menawarkan pelbagai jenis servis untuk pembuangan sampah di kawasan perumahan seperti:

  • Servis buang perabot lama atau yang disimpan beberapa tahun
  • Membuang sampah dari diserang binatang
  • Membuang perabot yang sudah diserang oleh serangga
  • Membersih keluar semua barangan yang tidak diperlukan sebelum berpindah

Kebanyakan ruang di rumah dipenuhi dengan perabot. Dengan membuang keluar perabot lama yang tidak diperlukan lagi akan memberikan lebih ruang di dalam rumah. Nilai estetika di dalam rumah akan bertambah selepas membuang perabot yang sudah tidak berfungsi di dalam rumah. Pekerja kami akan ke rumah anda dan mengeluarkan perabot dan membuangkannya. Jadi, secara tidak langsung perabot yang telah diserang oleh serangga perosak berkenaan juga akan turut sama dibuangkan.

Ketika anda berpindah ke rumah baru kebanyakan perabot adalah baru dan anda pasti tidak tahu apa perlu dibuat dengan perabot lama itu, anda cuma perlu hubungi kami dan pekerja kami akan membuangkannya untuk anda.

Pembuangan sampah perniagaan/ komersial

  • Membuang barangan yang tak diperlukan, yang sudah lama ataupun barangan perabot pejabat yang sudah rosak
  • Membuang dokumen rasmi yang muat di stor
  • Membuang sisa sisa pembinaan atau faktor lain
  • Membuang sisa sebelum pemindahan
  • Membuang barangan dari penstoran

Syarikat kami disyorkan bagi perkhidmatan pembuangan sampah di Kuala Lumpur dan Selangor akan membantu anda dalam membuang semua barangan anda yang tidak diperlukan di pejabat dan pusat komersial anda.

Apa sahaja yang tidak diperlukan, rosak ataupun perabot yang sudah lama sehingga dokumen rasmi yang perlu dilupuskan boleh diselesaikan dengan hanya perlu menghubungi kami. Semua dokumen rasmi akan dihancurkan sebelum dibuangkannya.

Kami membantu dalam membuang barangan yang tidak diperlukan dalam stor simpanan. Sebagai contoh bahan makanan atau barangan mudah rosak yang mempunyai tarikh luput. Jika berlaku pemindahan pejabat dan tidak mahu mengangkat barangan yang banyak, cuma mengambil barangan yang penting dan selebihnya akan diselesaikan oleh kami.

Pembuangan sampah untuk acara khas

Perkhidmatan pembuangan sampah boleh digunakan bergantung kepada acara. Sebagai contoh:

  • Membuang barangan acara atau sambutan atau roadshow
  • Membuang bunga selepas upacara pengkebumian atau majlis perkahwinan
  • Pembuangan barangan gerai yang digunakan selepas selesai sesebuah acara

Pasti anda terpikir bagaimana untuk membuang semua sampah atau barangan selepas majlis. Anda hanya perlu menghubungi kami untuk perkhidmatan pembuangan sampah. Kami akan membantu anda membersihkan semua barangan yang tak diperlukan sementara anda berehat selepas acara atau majlis. Semua jenis sampah atau barangan termasuk bunga selepas pengkebumian, mahupun sebagai tikar atau majlis graduasi. Jika ada acara yang menggunakan gerai-gerai kecil, kami akan memastikan semua di simpan dan dibersihkan dengan baik.

Sebab untuk memilih kami sebagai perkhidmatan pembuangan sampah

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pembuangan sampah untuk dipilih dari kawasan perumahan sehingga pusat komersial mahupun untuk acara majlis khas.

Semua pekerja kami adalah yang berpengalaman dan dilengkapi dengan ilmu yang betul untuk pembuangan sampah. Mereka tahu teknik yang betul untuk membuang semua jenis sampah yang tidak diperlukan oleh anda.

Pekerja kami sentiasa bekerja secara konsisten untuk memastikan kepuasan pelanggan kami. Mereka sangat sopan dan mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan kami.

Kami menawarkan pembuangan sampah pada hari yang sama dan memastikan semua kes akan diselesai dalam tempoh 24 jam, ini bergantung kepada beberapa faktor terutama kuantiti sampah tersebut.

Semua perkhidmatan kami adalah mudah dan sudah biasa bagi kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Kami juga menawarkan perkhidmatan yang lain seperti pembungkusan dan pemindahan disertai dengan pekerja lelaki menolong pemindahan, sewa van atau lori dengan pemandu dan gudang simpanan. Oleh kerana kami memberikan anda pelbagai perkhidmatan dalam satu, sangat mudah untuk anda jika memerlukan perkhidmatan pemindahan juga.

Dengan memberikan perkhidmatan terbaik dalam pembuangan sampah kami memastikan produktiviti dan proses yang lancar agar anda akan menjimatkan banyak masa.

Untuk mengelakkan kemalangan atau kejadian yang tidak dikehendaki berlaku ketika anda sedang menjalankan pembuangan barangan yang tidak diperlukan ini. Anda hanya perlu menghubungi kami pada bila- bila masa dan kami akan menyelesaikan masalah anda.

Anda cuma perlu berehat dan tenang, orang kami akan menyelesaikan masalah sampah anda ini sama ada anda berada di Shah Alam, Putrajaya, Batu Caves, atau Jalan Ampang.

Harga Servis Lori Pembuangan

Terma dan syarat untuk pakej lori sewa pembuangan barang:

  • Harga bergantung kepada:

– bilangan dan saiz barangan untuk dibuang
– lokasi pickup (ada lift atau tidak dan jarak ke lif)
– jarak sebenar dari lokasi anda ke tempat pelupusan sampah

  • Boleh memuatkan lebih kurang 2 tilam lama saiz queen, 1 tilam lama saiz single, 2 almari, 1 kabinet 6 kaki dan beberapa barangan kecil

* Sila tanya staff kami untuk sebut harga untuk pembuangan barang lama anda
* Kami menghantar barangan anda untuk dibuang di tempat pelupusan sampah yang ditetapkan di Selayang atau Setapak. Harga termasuk RM60 untuk cas pelupusan

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan lori sampah dikira?

Harga perkhidmatan lori sampah adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • bilangan dan saiz barang lama yang perlu dibuang
  • saiz lori yang diperuntukkan untuk mengangkut sampah
  • bilangan pekerja – pekerja untuk tugas ini
  • bilangan trip yang diperlukan untuk servis transport sampah anda ke tempat pelupusan

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan khidmat lori sampah di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor, dan Seremban.

Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti gambar-gambar dan jumlah bilangan perabot lama dan barang-barang yang perlu dibuang, lokasi anda (dan jikalau ada lif atau tidak untuk kediaman di kondo dan tarikh pembuangan barang.

Testimoni

“Terima kasih kepada pekerja-pekerja anda kerana membantu keluarga saya untuk membuang barangan lama dan terpakai kami semasa kami pindah keluar dari rumah lama di Gombak bulan lepas.

Puan Rahmawati

“Kami berterima kasih kerana syarikat anda membantu kami menyingkiran sampah sarap besar saya dari kedai saya di Kepong pada minggu lalu.”

Mrs Chan

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera