Pindah Peti Ais di Kuala Lumpur dan Selangor

Perlukan bantuan untuk pindah peti ais, freezer atau peti sejuk yang berat itu di Kuala Lumpur atau Selangor? Jangan sakitkan belakang anda, sila minta pasukan lori sewa profesional kami di Kuala Lumpur dan Selangor untuk memindahkannya!

Pemindahan peralatan elektronik berat boleh menjadi kerja yang susah. Ia merupakan tugas yang membosankan, memenatkan dan berbahaya jika tidak ditangani dengan betul. Pemindahan peti sejuk merupakan salah satu contoh. 

Sebenarnya, terdapat banyak bahagian kecil di dalam peti sejuk yang menjadikan pemindahan yang betul sangat penting, supaya anda tidak merosakkan peti sejuk. Pekerja pindah peti sejuk kami dengan bangganya dapat memindahkan peti sejuk anda dengan selamat dan secepat mungkin.

Proses Pemindahan Peti Sejuk Kami

Mengosongkan Semua Kandungan Dalam Peti – Di sini, kami bukan sahaja mengeluarkan semua makanan tetapi juga semua dulang dan rak di dalamnya. Penyimpanan betul akan memastikan bahawa mereka tidak bergeser dan mengalami kerosakan semasa kami memindah dan mengangkut peti sejuk.

Pembalut yang Rapi – Sebelum berpindah, pintu peti sejuk akan ditutup dengan menggunakan pita untuk memastikan pintu tersebut tidak akan terbuka secara tiba-tiaba. Kami juga akan menggunakan cling wrap atau selimut untuk melindungi bahagian luar peti sejuk agar tidak tergores ketika berpindah.

Kedudukan Berdiri – Semasa berpindah, kami akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk memastikan peti sejuk anda berada pada kedudukan tegak untuk mengelakkan minyak peti sejuk mengalir ke arah yang salah.

Selepas Pemindahan – Setelah langkah di atas selesai, adalah lebih baik untuk meinggalkan peti sejuk tersebut selama 3 jam sebelum anda memasangnya. Ini akan membolehkan minyak dan cecair mengalir kembali ke pemampat dan mencegah kerosakan pada peti sejuk.

Mengapa Memilih Perkhidmatan Pemindahan Peti Sejuk Kami?

– Peralatan yang betul

Kami bangga menjadi pemindah profesional. Inilah sebabnya kami dilengkapi dengan semua peralatan yang diperlukan, seperti troli bergerak untuk memindahkan peti sejuk dengan betul. Pekerja kami adalah terlatih untuk menggunakan peralatan dan anda boleh yakin bahawa peti sejuk akan dipindah dengan baik, dibungkus dan diangkut untuk mengelakkan sebarang kecalaran dan kerosakan.

– Pasukan yang berpengalaman dan cekap

Anda mempunyai jaminan bahawa keseluruhan proses pemindahan akan cepat dan cekap, sementara kami mengutamakan keselamatan. Pekerja kami dilatih dengan baik untuk memindahkan peti sejuk dengan secepat mungkin melalui lori sewa kami untuk menjimatkan masa anda. Pada masa yang sama, dengan pengalaman kami dalam memindahkan peti sejuk, anda dapat memastikan bahawa peti sejuk anda berada di tangan yang selamat.

Harga Berpatutan

Ini adalah salah satu perkara yang paling penting kan? Untuk harga terbaik, hantarkan gambar peti sejuk kepada kami supaya kami dapat mengukur dengan tepat jumlah tenaga kerja yang diperlukan dan saiz lori sewa yang diperlukan untuk mengangkut peti sejuk atau freezer anda. Berdasarkan maklumat ini, kami yakin bahawa kami dapat memberikan sebut harga yang menarik untuk anda.

Hubungi kami hari ini untuk perkhidmatan pemindahan atau pembuangan peti sejuk lama di Kuala Lumpur, Shah Alam atau Damansara.

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Soalan Lazim

Bagaimanakan anda memindahkan peti ais yang besar dan berat?

Pertama sekali kita akan menutup bahagian luar peti ais dan kemudian membalut luarnya dengan selimut atau kain tebal supaya bahagian luarnya selamat dan tidak tercalar atau rosak. Kami akan menyediakan peralatan yang diperlukan dan tenaga kerja yang secukupnya akan diperuntukkan untuk memindahkan peti sejuk anda.

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan pindah peti ais dan chiller di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia.

Info apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti gambar peti ais atau freezer yang perlu dipindahkan, berat, dimensi, lokasi dan tarikh pemindahan.

Testimoni

“ Pekerja-pekerja yang memindahkan peti ais saya ke rumah baru di Bangi tiba tepat pada masanya, ramah, sangat berhati-hati semasa proses pemindahan. Terima kasih

Encik Jamal

Saya semestinya akan mengesyorkan syarikat anda kepada sesiapa sahaja yang ingin memindahkan peti sejuk rumah mereka.

Pijah

Alviz Biz Resources (002503879-H)

Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm

Alamat

Turf View Apartment,6-31, Jalan Serdang Raya, ​43300, Seri Kembangan, Selangor.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera

Senang Pindah Dapatkan Sebut Harga:

  • DD slash MM slash YYYY
  • Sila senaraikan semua barang yang perlu dipindahkan.