Lori Kargo di Kuala Lumpur dan Selangor

Syarikat kami menawarkan servis lori kargo di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh Semenanjung Malaysia.

Perkhidmatan pengangkutan lori kargo oleh syarikat kami melibatkan pengangkutan kargo dari titik pick-up yang ditetapkan ke titik drop-off yang ditetapkan berdasarkan keperluan pelanggan kami.

Kami telah membuktikan kecekapan kami selama bertahun tahun dalam bidang ini dan kami menawarkan pelbagai perkhidmatan lori kargo yang terdiri daripada:

  • Konsolidasi dan pengedaran kargo kurang dari muatan satu lori ke seluruh Semenanjung Malaysia
  • Kami mempunyai perkhidmatan trak kargo antara negeri di Semenanjung Malaysia
  • Kargo projek seperti memecahkan kargo pukal
  • Kami ada pemandu lori yang pro, berlesen dan memandu lori dengan selamat untuk membantu anda transport barang pada masa yang ditentukan
  • Perkhidmatan pengangkutan untuk kargo yang bersaiz besar dan berat untuk projek berskala besar, yang biasanya dikenali sebagai kargo projek di seluruh Semenanjung Malaysia seperti ke Perak, Pahang dan Johor.

Berhubung dengan kargo projek, kami juga menawarkan perkhidmatan sokongan yang melibatkan tinjauan jalan, perancangan tapak dan penyerahan permohonan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengawal lalu lintas jalan raya.

Beberapa projek kargo utama yang telah kami selesaikan semua sebelum ini melibatkan perkhidmatan pengangkutan untuk boiler, struktur dan mesin loji simen, penjana, kren menara dan peralatan keretapi.

Kami beroperasi dengan armada lori, trak dan treler untuk perkhidmatan pengangkutan kargo terbaik yang boleh dipercayai dan pantas untuk pelanggan kami. Sesetengah lori kargo adalah dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) yang membolehkan kami mengesan dan memantau pergerakan kenderaan kami.

Kami dapat akan sentiasa memantau lokasi kenderaan kami dan memendekkan masa perjalanan dengan menggunakan kenderaan yang paling hampir dengan destinasi yang diperlukan melalui GPS.

Pasukan kami sentiasa konsisten untuk memahami keperluan klien kami dengan lebih baik dan mencari cara baru yang lebih baik untuk melayani keperluan pengangkutan kargo pelanggan kami dengan sebaik-baiknya. Hubungi kami hari ini untuk menempah lori kargo melalui whatsapp, telefon emel atau layari laman web kami.

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan lori kargo dikira?

Kos perkhidmatan lori kargo adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • jarak km dari tempat pickup ke destinasi
  • saiz lori dan berapa tan lori yang diperlukan
  • bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
  • bilangan trip perjalanan yang diperlukan

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori kargo di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Seremban,Pulau Pinang, Johor  dan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Info apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti berapa tan lori yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip, lokasi anda, lokasi destinasi, jenis dan berat muatan kargo dan tarikh sewaan lori diperlukan.

Testimoni

“ Kami berterima kasih atas kefahaman dan kerjasama daripada syarikat anda tentang keperluan pengangkutan lori kargo kami, terutama apabila situasi itu memerlukan tindak balas yang cepat dan tepat pada masanya. Saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan hubungan kerja positif yang berpanjang dengan syarikat anda.”

Mr Lim

“ Organisasi kami telah menggunakan servis anda semenjak tahun lepas untuk rangkaian pengedaran barangan syarikat kami ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Mereka sangat profesional dan sentiasa memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada organisasi kami. Mereka tidak gagal untuk menyampaikan kargo produk kami kepada pelanggan kami tepat pada waktunya.”

Mr Ramesh

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera