Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori sewa di Seri Kembangan dengan menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pemindahan kepada mereka yang ingin berpindah ke mana sahaja atau sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mahupun ke negeri lain.
Syarikat kami menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh dan mesra pelanggan bagi perjalanan pendek mahupun perjalanan jarak jauh untuk semua saiz dan barangan untuk domestik atau barangan komersial ke seluruh bandar di semenanjung Malaysia.
Kami dilengkapi dengan kelengkapan berkualiti tinggi dan mempunyai pekerja yang berdedikasi serta berkemahiran dalam menguruskan pemindahan anda dalam keadaan yang paling lancar dan cekap.
Dengan hanya memberitahu kami pemindahan atau pengangkutan yang diperlukan, kami akan membantu anda dalam menyusun proses pemindahan untuk syarikat atau keluarga anda. Kami akan menggunakan cara terbaik dan infrastruktur yang ada bagi memastikan anda berasa senang, lancar, harga yang berpatutan dan tidak merasa tertekan.
Kami beroperasi dengan pilihan yang luas dalam pengangkutan kami dengan lori pelbagai saiz dan spesifikasi. Bergantung kepada apa yang anda perlukan untuk pemindahan, kami menawarkan kelengkapan yang eksklusif dan kenderaan yang baru yang datang dengan pelbagai saiz seperti 1 tan, 3 tan, 5 tan dan 10 tan juga lori bonded, berkanvas dan lori kotak.
Ada antara lori kami yang dilengkapi dengan sistem kawalan suhu dan dilengkapi juga dengan pengangkat tail lift automatik yang memudahkan proses pengangkatan dan memunggah . Dengan enjin dan badan lori yang kukuh serta lori yang sentiasa diselenggara, pengangkutan kami tidak mengalami kerosakan. Jadi dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak perlu risau jika ada kelewatan atau masalah teknikal.
Sewa lori 1 tan kami di sekitar Lembah Klang dari harga serendah RM150 sehala. Kami menawarkan pakej yang fleksibel mengikut keperluan pemindahan anda dengan harga yang terbaik.
Kami pakar dalam proses pemindahan rumah, memindahkan barangan pejabat, pemindahan perabot, membuka dan memasang semula perabot. Kami juga menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingannya di mana pemunggahan, mengangkat masuk barang, penstoran dan kemudahan gudang turut disediakan dan banyak lagi.
Kenapa Memilih Kami Untuk Perkhidmatan Sewa Lori?
- Pengalaman yang mendalam dalam industri pengangkutan
- Pakar dalam pemindahan perabot, dengan kepakaran membuka dan memasang semula perabot
- Sikap ingin menolong dari pekerja memudahkan kami membantu pelanggan kami
- Pakar dalam membungkus setiap barangan dengan teliti dan cermat bagi memastikan semua barangan dalam keadaan selamat
- Harga lori sewa yang sangat berpatutan di Lembah Klang
- Lori yang selamat dan sentiasa diselenggara dengan baik dan lengkap
- Perkhidmatan dari pintu ke pintu tanpa kelewatan dan masalah
Perancangan yang teliti dan cermat ini memastikan proses pemindahan anda dibantu dari mula hingga akhir. Jadi, dengan kami anda akan merasa senang secara menyeluruh dan selesa. Hubungi pegawai khidmat pelanggan dan pasukan kami hari ini atau emel kepada kami untuk mendapatkan tawaran harga terbaik hari ini!.
Jenis Lori Untuk Disewa
Harga Pakej Lori Sewa Sahaja
Lori Sewa 1 Tan Sahaja
- 1) Lori 9 kaki
- 2) 1 trip perjalanan (dari titik A ke titik B)
- 3) Jarak kurang daripada 20km dalam lingkungan Lembah Klang
- 4) 1 pemandu (tidak memindahkan barang)
- 5) Syarat pembayaran: Tunai / Pemindahan segera dalam talian (semasa penghantaran)
Lori Sewa 3 Tan Sahaja
- 1) Lori 14 kaki
- 2) 1 trip perjalanan (dari titik A ke titik B)
- 3) Jarak kurang daripada 20km dalam lingkungan Lembah Klang
- 4) 1 pemandu (tidak memindahkan barang)
- 5) Syarat pembayaran: Tunai / Pemindahan segera dalam talian (semasa penghantaran)
Lori Sewa 5 Tan Sahaja
- 1) Lori 17 kaki
- 2) 1 trip perjalanan (dari titik A ke titik B)
- 3) Jarak kurang daripada 20km dalam lingkungan Lembah Klang
- 4) 1 pemandu (tidak memindahkan barang)
- 5) Syarat pembayaran: Tunai / Pemindahan segera dalam talian (semasa penghantaran)
Harga Pakej Bajet
Pakej Bajet Lori 1 Tan
- 1) Lori 9 kaki (lori kecil)
- 2) 1 trip perjalanan (dari titik A ke titik B)
- 3) Jarak kurang daripada 20km dalam lingkungan Lembah Klang
- 4) 2 tenaga pekerja pemindahan
- 5) Pakej tidak termasuk servis tambahan: membungkus, memasang, membongkar atau pelupusan perabot dan bekalan kotak pemindahan.
- 6) Pakej ini tidak termasuk untuk pemindahan barangan berat / besar seperti piano, peti ais jenis komersial / chiller, peti keselamatan, mesin layan diri, dan motosikal
- 7) Syarat pembayaran: Tunai / Pemindahan segera dalam talian (semasa penghantaran)
Pakej Bajet Lori 3 Tan
- 1) Lori 14 kaki (lori sederhana)
- 2) 1 trip perjalanan (dari titik A ke titik B)
- 3) Jarak kurang daripada 20km dalam lingkungan Lembah Klang
- 4) 3 tenaga pekerja pemindahan
- 5) Pakej tidak termasuk servis tambahan: membungkus, memasang, membongkar atau pelupusan perabot dan bekalan kotak pemindahan.
- 6) Pakej ini tidak termasuk untuk pemindahan barangan berat / besar seperti piano, peti ais jenis komersial / chiller, peti keselamatan, mesin layan diri, dan motosikal
- 7) Syarat pembayaran: Tunai / Pemindahan segera dalam talian (semasa penghantaran)
Pakej Bajet Lori 5 Tan
- 1) Lori 17 kaki (lori besar)

Soalan Lazim
Bagaimanakah kos perkhidmatan lori sewa dikira?
Kos perkhidmatan lori sewa adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:
- jarak km dari tempat pickup ke destinasi
- saiz lori yang diperlukan
- bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
- bilangan trip perjalanan yang diperlukan
Di mana lokasi yang diservis oleh syarikat anda?
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori sewa di kawasan sekitar Seri Kembangan, Kuala Lumpur, dan Selangor.
Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?
Testimoni

“Pasukan dari syarikat pemindahan anda telah membantu keluarga saya dengan menawarkan servis lori sewa pindah rumah di Seri Kembangan yang mudah kepada kami. Kami pasti akan mengesyorkan syarikat anda kepada rakan-rakan dan keluarga kami yang ingin sewa lori.”
Jeremy

“Servis lori sewa dari syarikat ini adalah pada harga yang murah dan kakitangan mereka menjalankan kerja pemindahan rumah kami dari Serdang ke Kinrara Uptown dengan lancar.”
Puan Adibah
Alviz Biz Resources (002503879-H)
Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm
Alamat
No.15 Jalan Sierra 6/3A, Bandar 16 Sierra, 47120 Puchong, Selangor.
Telefon
Hubungi kami hari ini
E-mel
Dapatkan Sebut Harga Percuma
Dapatkan informasi segera