Lori Besar di Kuala Lumpur dan Selangor

Kami menawarkan khidmat sewa lori besar di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk hantar barang dari masa satu atau beberapa destinasi ke destinasi terakhir.

Pelanggan kami terdiri daripada syarikat MNC, syarikat logistik, SME dan lain-lain. Mereka boleh bergantung kepada kami untuk servis yang berkualiti, kecekapan dan penghantaran tepat pada masa. Kami adalah penyelesaian kepada semua keperluan pengangkutan lori anda.

Antara servis utama lori besar yang kami guna termasuk:

  • Lori 10 tan dan ke atas
  • Lori kargo
  • Lori jenis treler seperti treler 40 kaki
  • Lori treler tirai sisi 20 tan
  • Lori kontena
  • Lori komersial
  • Lori bonded
  • Lori angkat kereta atau motosikal
  • Lori jenis ‘tailgate’ atau ‘tail lift’ untuk memindahkan peralatan jenis sukan dan mesin hiburan yang berat

Kita akan lebih daripada bersedia untuk menawarkan anda perkhidmatan lori sewa besar kami. Selain daripada menyediakan lori sewa untuk kegunaan anda, kami juga akan menyertakan pemandu trak yang boleh dipercayai, memandu secara selamat di jalan raya dan bertanggungjawab untuk membantu anda dalam semua servis kami.

Anda hanya perlu menyatakan keperluan anda. Kami pasti akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pemindahan barang-barang anda. Walaupun anda tidak pasti jenis kenderaan pengangkutan lori yang tepat yang anda perlukan untuk membawa barangan anda, anda sentiasa boleh menyemak dengan kakitangan kami melalui telefon.

Ini mungkin termasuk perkara seperti tenaga orang manusia tambahan untuk memunggah barang-barang untuk isi muatan bahagian lori semasa proses pemindahan dan selepas lori tiba ke destinasi terakhir. Walau bagaimanapun, ambil perhatian bahawa servis tambahan tersebut akan dikenakan bayaran.

Pasukan kami boleh membekalkan semua yang anda perlukan untuk memastikan langkah pemindahan anda berjalan secara lancar dan semudah mungkin. Kami ada mempunyai aksesori seperti troli tangan, tali, selimut dan kotak pembungkusan dan barangan lain.

Tak perlu lah anda tunggu dan cari lagi. Sila hubungi kami dengan segera melalui telefon atau tinggalkan whatsapp atau mesej kepada pasukan kami untuk mendapatkan sebut harga percuma untuk sewa lori besar oleh syarikat kami dan apa jenis servis tambahan yang anda perlukan di sekitar kawasan dan tempat di Lembah Klang, Malaysia ke luar daerah atau negeri.

Soalan Lazim

Bagaimanakah kos perkhidmatan lori besar dikira?

Kos perkhidmatan lori besar adalah bergantung kepada faktor-faktor berikut:

  • jarak km dari tempat pickup ke destinasi
  • saiz, jenis lori dan berapa tan lori yang diperlukan
  • bilangan pekerja-pekerja yang diperlukan untuk memunggah barangan
  • bilangan trip perjalanan yang diperlukan

Dimanakan lokasi yang diservis oleh syarikat anda?

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori besar di kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Seremban, Pulau Pinang, Johor  dan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Maklumat apakah yang diperlukan daripada saya untuk mendapatkan sebut harga?

Sebaik-baiknya, sila sediakan informasi seperti berapa tan dan jenis lori bersaiz besar yang diperlukan, bilangan pekerja yang diperlukan, bilangan trip, lokasi anda, lokasi destinasi, jenis dan berat muatan barang-barang dan tarikh sewaan lori diperlukan.

Testimoni

“ Kami berterima kasih atas kefahaman dan kerjasama daripada syarikat anda tentang keperluan pengangkutan sewa lori besar kami, terutama apabila situasi itu memerlukan penghantaran barang dalam masa yang singkat dan tepat pada masanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan pekerja syarikat anda.”

Joshua Teh

“ Organisasi kami telah menggunakan servis sewa lori besar jenis treler 20 tan syarikat anda sejak April 2018 untuk rangkaian pengedaran barangan syarikat kami ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Pasukan anda profesional dan sentiasa memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada kami. Terima kasih.”

Mr Reuben

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera