Harga Sewa Lori Pindah Rumah di Kuala Lumpur & Selangor

Adakah anda sedang mencari syarikat pemindahan dengan harga lori sewa pindah rumah yang berpatutan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya atau Selangor? Walaupun pindah rumah sendiri dapat menjimatkan duit, terdapat ramai yang masih memilih perkhidmatan pindah rumah yang profesional untuk memastikan keselamatan barangan dan proses pindah rumah dapat dijalankan dengan lancar. 

Pindah rumah baru sering dianggap perkara yang stres terutamanya anda pindah rumah dalam kali pertama. Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk membuat keputusan dan tidak tahu perkara yang perlu diberi perhatian.

Faktor yang Mempengaruhi Harga Pindah Rumah:

Harga lori sewa pindah rumah sering bergantung pada pelbagai faktor. Faktor yang paling dominan ialah lokasi dan jarak perjalanan anda. Secara ringkas, faktor yang mempengaruhi kos pindah rumah ialah: 

– Tenaga kerja yang diperlukan

Harga lori sewa

– Kemudahan akses di lokasi seperti lif atau tangga

– Pemindahan barangan besar dan fragile

– Pembungkusan barang

– Pembongkaran perabot

– Servis penyimpanan barang sementara

Kos sewa lori banyak bergantung pada saiz lori yang diperlukan, jumlah trip perjalanan, jarak antara dua lokasi serta tempoh sewaan. 

Anda perlu membayar lebih jika anda memerlukan banyak pertolongan untuk pindah rumah.

Walaupun terdapat sesetengah orang yang boleh membungkus, memuat dan memunggah barang sendiri, namun tugas-tugas tersebut mengambil masa yang panjang atau memerlukan banyak tenaga. Terdapat sesetengah pelanggan yang membungkus barang, membongkar perabot besar dan memasang perabot tersebut semula secara diri sendiri setelah mereka tiba di lokasi baru. Oleh itu, pengambilan servis pindah rumah dapat menyelesaikan tugas-tugas tersebut dalam masa yang singkat dan membantu proses pindah rumah dijalankan dengan lebih cepat.  

Anggaran harga bergantung pada saiz rumah, jumlah perabot yang perlu dibungkus, serta jenis bahan pembungkusan khas untuk barang besar atau rapuh. Pastikan anda mendapatkan lawatan tapak PERCUMA dari kami terlebih dahulu.  

Cara memilih Perkhidmatan Pindah Rumah yang terbaik di Lembah Klang

Pemilihan untuk mengambil servis pindah rumah bermakna anda akan mempercayai barang berharga anda dengan syarikat tersebut untuk pengendalian dan penghantaran yang selamat.

Terdapat 6 faktor penting yang perlu dipertimbangkan selain daripada harga:

– Pecahan harga yang jelas dalam sebut harga

– Kepakaran dalam pembongkaran, pembungkusan dan pemasangan barang

– Pengetahuan mengenai pengendalian barang dengan selamat semasa pemindahan

– Reputasi syarikat pindah rumah

– Latar belakang kakitangan perkhidmatan pindah rumah

– Penyeliaan keseluruhan proses oleh pekerja yang berpengalaman

Semasa mencari perkhidmatan pindah rumah yang boleh dipercayai, faktor utama yang perlu ditimbang adalah kos supaya anda dapat membuat keputusan yang tepat. Pastikan anda mengetahui tips dan proses untuk mencari servis pindah rumah, termasuk sebut harga yang berlainan.

Jenis Lori Untuk Disewa

Harga Lori Sewa Pindah Rumah

Harga Pakej Lori Sewa Sahaja

Harga Pakej Bajet

Soalan Lazim

Bagaimana dengan harga lori sewa dari Lembah Klang ke kawasan di luar Kuala Lumpur dan Selangor?

Kami tidak mempamerkan harga lori sewa dari Lembah Klang ke kawasan di luar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Seremban, Pulau Pinang, Melaka dan negeri-negeri lain kerana sebut harganya bergantung mengikut keperluan pemindahan sebenar. Sila hubungi kami untuk mendapatkan sebut harga percuma.

Adakah harga yang dimaklumkan muktamad?

Harga lori sewa dalam invois kami adalah muktamad berdasarkan keperluan pemindahan yang ditetapkan terutama jika terdapat pemeriksaan tapak.

Terdapat situasi di mana caj tambahan mungkin dikenakan. Beberapa situasi sepertinya adalah dan tidak terhad kepada yang berikut:

  • Barang-barang tambahan yang tidak boleh dibongkar dan hanya boleh dikeluarkan dari tingkap.
  • Piano atau barangan berat yang perlu dipindahkan ke atau digerakkan dari tingkat 1 atau 2 dengan menggunakan tangga.
  • Kerja-kerja tambahan seperti pembungkusan istimewa atau bekalan kotak-kotak tambahan

Bilakah saya perlu membuat bayaran?

Kami hanya menerima pemindahan bank atau cek pada masa ini. Deposit 50% diperlukan sebelum tarikh pindah yang dijadualkan untuk tempahan lori. Bayaran akhir perlu dibuat sebelum perkhidmatan bermula pada hari perpindahan.

Testimoni

“ Syarikat anda memberikan saya pakej lori sewa yang berpatutan di Kajang. Itulah sebabnya saya terus mendapatkan khidmat lori sewa dari mereka untuk perniagaan saya.”

Mr Jason

“Pakej lori sewa di Bandar Manjalara adalah sangat berpatutan dengan kualiti servis lori sewa yang diberikan. Kami juga mendapat balasan sebut harga dengan pantas.”

Justine

Alviz Biz Resources (002503879-H)

Buka: Isnin - Ahad (Setiap Hari) 8am ke 8pm

Alamat

Turf View Apartment,6-31, Jalan Serdang Raya, ​43300, Seri Kembangan, Selangor.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera

Senang Pindah Dapatkan Sebut Harga:

  • DD slash MM slash YYYY
  • Sila senaraikan semua barang yang perlu dipindahkan.