Pengurusan Sisa Pepejal di Kuala Lumpur & Selangor

Kami menyediakan servis pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor untuk pelupusan sisa kediaman, perniagaan dan syarikat dengan betul. 

Pelupusan sisa pepejal yang betul adalah penting bagi memastikan kesejahteraan masyarakat secara penjagaan alam sekitar dengan membantu mengurangkan pencemaran, melindungi sumber air dan tanah, serta dapat memastikan kawasan kediaman dan perniagaan anda kekal bersih. 

Ia juga merupakan satu tanggungjawab di bawah peraturan dan piawaian alam sekitar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pematuhan terhadap peraturan pelupusan sisa dan mengikut piawaian alam sekitar adalah wajib, individu atau syarikat yang gagal melupuskan sisa dengan betul boleh dikenakan tindakan undang-undang. Jika ditangkap tidak melupuskan sisa dengan betul, pihak atau individu tersebut boleh dikenakan perintah khidmat masyarakat ataupun dikenakan denda yang tinggi. 

Oleh itu, memilih perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang boleh dipercayai dan profesional bukan sahaja memudahkan urusan anda, tetapi dapat melindungi anda daripada risiko pelanggaran undang-undang.   

Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal Kami Termasuk:

Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh untuk pelbagai jenis pelanggan. Fokus utama kami adalah melupuskan sisa bukan cecair seperti: 

  • Logam – Merangkumi serpihan besi, aluminium dan juga keluli daripada tapak pembinaan ataupun kilang.

  • Plastik – Termasuk bahan pembungkus, tong-tong plastik, dan juga bekas plastik terpakai.

  • Kaca – Meliputi botol, cermin dan juga serpihan kaca dari bangunan komersial.  

  • Bahan binaan – Seperti simen, batu, jubin, kayu dan juga bahan buangan pembinaan lain. 

Pelanggan Kami Adalah Dari Sektor Berbeza Dan Merangkumi: 

  • Kediaman – Pengurusan sisa domestik harian, pembuangan perabot terpakai dan juga barangan yang bersaiz besar. 

  • Pejabat dan Industri Komersial – Pengurusan sisa pukal, sisa-sisa pejabat, sisa kertas dan peralatan yang tidak digunakan. 

  • Syarikat Perindustrian Makanan – Pengurusan sisa makanan untuk restoran, kilang memproses makanan, hotel, dan pasaraya.

  • Kilang Perindustrian – Pembuangan sisa pengeluaran perindustrian, bahan buangan yang bukan bertoksik dan palet.

  • Tapak pembinaan – Khidmat buang sisa dan lebihan bahan dari tapak pembinaan, serpihan logam dan juga kayu.

Sisa-sisa yang dikutip haruslah melalui proses pengasingan bagi menentukan kaedah pelupusan yang sesuai. Kami juga akan mengutamakan kaedah pelupusan di tapak pelupusan yang terkawal dan sah serta melalui proses kitar semula bagi bahan yang boleh digunakan semula demi meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Kelebihan Mengupah Khidmat Pengurusan Sisa Pepejal Syarikat Kami 

  • Pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pengurusan sisa 

Kami mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang pengurusan sisa pepejal dan pembuangan barangan terpakai. Syarikat kami telah beroperasi bertahun-tahun dalam industri ini dan kami memahami keperluan pelanggan dari pelbagai sektor.

  • Harga pelupusan sisa pepejal yang berpatutan

Kami menawarkan harga pelupusan sisa pukal yang berpatutan dan kompetitif mengikut jenis sisa dan jumlah yang dilupuskan. Semakin banyak jumlah sisa yang perlu dilupuskan, semakin tinggi kos bagi pelupusan sisa pepejal. 

  • Jadual pengambilan sisa yang fleksibel

Pelanggan boleh menetapkan jadual pengutipan sisa pukal mengikut masa mereka secara mingguan, bulanan ataupun secara sekaligus. 

  • Perkhidmatan mengikut permintaan pelanggan

Kami menyediakan penyelesaian khusus mengikut jenis premis dan jumlah sisa bergantung kepada permintaan pelanggan. 

  • Pasukan profesional dan cekap

Pekerja kami dilatih untuk mengendalikan pelbagai jenis sisa dengan selamat dan cepat. Mereka juga adalah pakar dalam menguruskan sisa pepejal dan akan pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan mengikuti peraturan.

  • Responsif dan cepat bertindak

Kami akan memastikan setiap panggilan dan tempahan pelanggan mendapat maklum balas segera dan diberikan tindakan yang pantas. 

Proses Kerja Pengurusan Sisa Pepejal Kami 

Langkah 1: Hubungi kami dan penilaian keperluan pelanggan

Pelanggan boleh mula menghubungi kami melalui telefon, whatsapp, ataupun e-mel untuk penilaian terlebih dahulu. Kemudian, kami akan menilai jenis dan jumlah sisa yang perlu diuruskan bagi menentukan kaedah pelupusan yang sesuai.

Langkah 2: Cadangan pelan pengurusan sisa dan Jadual kutipan ditetapkan

Setelah melakukan penilaian, kami akan mencadangkan pelan pelupusan yang paling efisien, termasuk kekerapan kutipan dan juga lokasi pelupusan yang sesuai  berdasarkan jenis sisa.

Langkah 3: Pelaksanaan pengumpulan, pengasingan, pengangkutan sisa dan pelupusan

Pasukan kami akan menjalankan proses pengumpulan sisa di lokasi pelanggan dengan lori sampah kami, kemudian mereka akan memulakan kerja pengasingan bahan kitar semula, dan juga melaksanakan pelupusan baki sisa di tapak pelupusan terkawal yang diluluskan. 

Setiap langkah akan dijalankan dengan pemantauan yang ketat bagi memastikan operasi akan berjalan dengan lancar. Kami juga akan memastikan bahawa setiap prosedur mematuhi semua undang-undang dan tidak akan mencemarkan alam sekitar.

Ramai yang masih mengambil ringan terhadap pengurusan sisa pepejal yang betul, sedangkan kesilapan pengurusan sisa pepejal boleh mengundang pelbagai kesan buruk kepada komuniti dan juga alam sekitar. 

Sisa pepejal yang tidak diuruskan dengan betul boleh menyebabkan pencemaran bau, pembiakan serangga dan tikus, serta menjejaskan kesihatan penduduk sekitar. 

Kami adalah pasukan professional yang dapat membantu anda menguruskan sisa pepejal anda dengan betul. Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda tidak perlu lagi risau kerana kami mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kami akan memastikan semua proses ini akan dijalankan dengan selamat, efisien dan semestinya, mesra alam.  

Jika anda memerlukan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang profesional di Lembah Klang atau Petaling Jaya, jangan tunggu lagi, hubungi kami segera melalui telefon, Whatsapp, email untuk mendapatkan sebut harga percuma. 

Pasukan kami bersedia untuk membantu anda dari mula hingga ke akhirnya – pelupusan sisa pejal dengan cara yang mudah dan selamat. 

Bersama-sama, kita mampu memastikan persekitaran kita lebih bersih, sihat dan melalui pengurusan sisa pepejal yang bertanggungjawab.

Harga Sewa Roro Bin

Testimoni

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat anda untuk khidmat pengurusan sisa makanan selepas majlis rumah terbuka kami di Wangsa Maju.

Encik Hussin

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera