Pengurusan Sisa Makanan di Kuala Lumpur & Selangor

Kami menawarkan khidmat pengurusan sisa makanan di Kuala Lumpur dan Selangor untuk majlis, pesta dan hotel. Pengurusan sisa makanan adalah melibatkan kepada tindakan mengurangkan, mengitar semula dan juga melupuskan sisa makanan dengan cara yang bertanggungjawab. 

Setiap hari, jumlah sisa makanan yang dibuang semakin meningkat dan menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar dan masyarakat. Kami menyediakan perkhidmatan buang sisa makanan pejal sebagai penyelesaian kepada masalah ini, dimana kami menawarkan sistem pengurusan sisa makanan yang efisien, sistematik dan juga mesra alam. 

Dengan menguruskan sisa makanan dengan bijak, anda bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran alam, malah menyumbangkan masa depan yang lebih hijau dan lestari. 

Apakah Itu Sisa Makanan 

Sisa makanan adalah semua jenis bahan makanan yang tidak digunakan maupun yang dibuang oleh rumah kediaman, restoran, hotel, kilang makanan serta pasar raya. Ini termasuklah lebihan makanan yang tidak habis dimakan, bahan mentah yang telah rosak dan juga makanan yang telah tamat tempoh. 

Masalah Akibat Sisa Makanan  

  • Peningkatan sampah di tapak pelupusan

Dengan peningkatan sisa makanan, maka bertambahlah sampah di tapak pelupusan sampah.

  • Kesan kepada alam sekitar

Sisa makanan yang berlebihan dapat mencemarkan alam sekitar dengan melepaskan gas metana dari lebihan sisa makanan. Ia akan mengeluarkan bau busuk dan mengakibatkan pencemaran udara.

Perkhidmatan Pembuangan Sisa Makanan Yang Kami Tawarkan 

  • Pengumpulan sisa makanan secara berkala

Kami mengumpulkan sisa makanan secara berkala. Kami mengasingkan setiap sisa makanan mengikut kategori.

  • Penyediaan tong roro khas untuk sisa makanan

Kami menyediakan tong roro khas untuk setiap sampah yang telah disusun berkala mengikut kategori masing-masing. 

  • Pelupusan di pusat rawatan yang mematuhi peraturan

Segala pelupusan sampah yang akan kami lakukan adalah di pusat pelupusan yang mengikut peraturan dan akta dari kerajaan. 

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Kami 

  • Penyelesaian mampan dan mesra alam

Kami menyediakan servis pengurusan sisa makanan dengan lori roro yang bertanggungjawab dan mesra alam.  

  • Harga servis berpatutan

Harga khidmat pengurusan sisa makanan pukal kami adalah murah dan mampu milik. 

  • Pematuhan kepada undang-undang pengurusan sisa makanan

Kami akan memastikan segala kerja yang kami lakukan adalah berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan. 

  • Menjimatkan kos dan tenaga kerja

Perkhidmatan pengurusan sisa domestik termasuk sisa makanan dapat menjimatkan kos untuk pelanggan dan dapat membantu menjimatkan tenaga kerja anda. 

Proses Kerja Pengurusan Sisa Makanan Kami

Langkah 1: Hubungi kami 

Hanya hubungi kami dan pegawai khidmat pelanggan kami akan membantu dengan keperluan pengurusan sisa makanan anda. 

Langkah 2: Jadual kutipan ditetapkan

Setelah mengumpul segala maklumat yang diperlukan, jadual kutipan akan ditetapkan mengikut tarikh dan masa yang telah dipersetujui oleh kedua pihak.

Langkah 3: Pengumpulan dan pelupusan sisa makanan

Setelah segala kutipan dan pengumpulan sisa makanan selesai dilakukan, kami akan menghantarnya ke tempat pelupusan sisa makanan di Kuala Lumpur Solid Waste Transfer Station di Taman Beringin, Kepong supaya kerja pelupusan dapat dilakukan. 

Khidmat Pengurusan Sisa Makanan Pukal Kami Sesuai Untuk Industri 

  • Restoran dan katering

Restoran dan katering seringkali mempunyai banyak lebihan sisa makanan yang telah dimasak dan juga bahan bahan mentah. Kami dapat membantu menguruskan lebihan sisa makanan ini dengan lebih efisien. 

  • Hotel dan resort

Hotel dan resort juga salah satu tempat yang mempunyai sisa makanan yang tinggi terutamanya dari buffet, dapur restoran hotel serta majlis korporat. Kami membantu menyediakan solusi secara sistematik agar sentiasa dapat memastikan kebersihan premis.

  • Pasar malam

Pasar malam juga akan menghasilkan sisa makanan yang banyak. Dengan perkhidmatan kami, pengurusan sisa makanan akan menjadi lebih teratur dan dapat mengelakkan pencemaran kawasan tapak pasar malam itu.

  • Pesta, majlis, dan rumah terbuka

Acara besar seperti pesta, kenduri kahwin, dan rumah terbuka untuk perayaan akan terdapat sisa makanan yang perlu dibuang. Dengan servis kami, kami dapat membantu anda untuk menyediakan pelan khas bagi mengatur dan mengutip sisa makanan menjadi lebih sistematik tanpa mencemarkan kawasan majlis. 

  • Pasaraya dan pusat membeli-belah

Pasaraya dan juga pusat membeli-belah komersial selalunya banyak menghasilkan sisa makanan yang merupakan bahan mentah rosak ataupon makanan yang telah tamat tempoh. Servis kami dapat membantu menguruskan sisa makanan diurus dengan betul tanpa menjejaskan operasi harian. 

  • Kilang pemprosesan makanan

Bagi kilang pemprosesan makanan, selalunya sisa makanan mereka merangkumi makanan yang tidak mencapai piawaian, bahan mentah rosak ataupun lebihan pengeluaran dari kilang. Kami menyediakan perkhidmatan pengutipan secara berkala dan juga tong sampah besi khas bagi menampung keperluan industri seperti ini.  

Jangan biarkan sisa makanan menjadi beban kepada anda dan juga alam sekitar. Serahkan semuanya hanya kepada kami yang berpengalaman dalam menguruskan sisa makanan secara profesional dan bertanggungjawab. 

Sila hubungi kami melalui telefon, Whatsapp dan juga email untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami atau untuk membuat tempahan dengan segera. 

Harga Sewa Roro Bin

Testimoni

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat anda untuk khidmat pengurusan sisa makanan selepas majlis rumah terbuka kami di Wangsa Maju.

Encik Hussin

RR Pro Transport (002523091-D)

Alamat

52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.

Telefon

Hubungi kami hari ini

E-mel

Dapatkan Sebut Harga Percuma

Whatsapp

Dapatkan informasi segera