Syarikat pembuangan kami menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa domestik di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Selangor.
Pengurusan sisa domestik adalah amat penting bagi memastikan alam sekitar sentiasa bersih, sihat dan selamat untuk didiami. Jumlah sisa domestik terutamanya di kawasan bandar sekarang, semakin lama semakin meningkat.
Dengan sistem pengurusan sistem domestik yang betul, kita dapat mengelakkan pencemaran udara dan dapat memastikan kesihatan penduduk tidak akan terjejas.
Apa Itu Sisa Domestik?
Sisa domestik ialah merupakan semua jenis sampah atau bahan buangan yang dihasilkan dari kediaman dan aktiviti harian. Ini termasuk sisa makanan, plastik, kaca, kertas, barangan elektronik yang rosak, serta sisa-sisa selepas kerja renovasi rumah seperti kayu, simen dan juga jubin. Selain itu, sisa-sisa di taman seperti ranting pokok, daun kering dan tanah juga dikira sebagai sisa domestik.
Pembuangan perabot lama sama ada saiz kecil ataupun yang bersaiz besar seperti sofa lama, almari yang rosak dan sebagainya juga dikenali sebagai sisa domestik. Sisa domestik bersifat lebih pelbagai, berbeza dengan sisa industri yang yang dihasilkan daripada kilang atau tapak pembinaan yang lebih berskala besar, akan tetapi kedua-dua sisa perlu diuruskan secara betul dan professional.
Mengapa Pelupusan Sisa Domestik Yang Betul Penting?
- Aspek kesihatan dan keselamatan
Dari segi aspek kesihatan dan keselamatan, pelupusan sisa domestik itu penting bagi mengelakkan pembiakan serangga dan juga haiwan seperti tikus yang membawa penyakit.
- Pemeliharaan alam sekitar
Pelupusan sisa domestik yang betul penting bagi memastikan pemeliharaan alam sekitar dengan mengurangkan pencemaran kepada tanah, air dan juga udara.
- Kepatuhan kepada undang-undang dan garis panduan tempatan
Anda boleh dikenakan denda atau saman jika tidak membuang dan melupuskan sisa domestik dengan betul. Jadilah orang yang bertanggungjawab dalam mengendalikan barangan sisa domestik dengan menghubungi kami segera. Pihak kami akan memastikan semua sisa domestik anda dapat diuruskan dengan bijak, sistematik dan juga bertanggungjawab.
Servis Pengurusan Sisa Domestik Oleh Syarikat Kami
- Kutipan sisa secara berkala
Kutipan dan khidmat pengurusan sisa pepejal dan sampah pukal oleh syarikat kami selalunya berdasarkan jadual yang akan diberikan mengikut persetujuan antara kedua-dua pihak selalunya selepas beberapa hari atau pada hujung minggu. Kebiasaannya tong sampah roro kami akan diletakkan di tempat anda untuk 3 ke 5 hari (bergantung kepada keperluan pelanggan) sebelum dikutip oleh pekerja kami.
- Pelupusan sisa yang mesra alam
Sistem pelupusan sisa domestik kami diuruskan mengikut kaedah kelulusan dari pihak berkuasa dan adalah mesra alam.
- Penyediaan tong roro besi and lori roro
Kami akan menyediakan tong roro besi dan juga lori roro yang sesuai untuk sebarang pelupusan dan pembuangan sampah besar dan dalam jumlah yang banyak.
Kebaikan Menggunakan Perkhidmatan Pengurusan Sisa Domestik Kami
- Pantas dan boleh dipercayai
Servis yang kami tawarkan dilakukan dengan pantas, pada masa yang dijadualkan dan adalah dipercayai oleh pelanggan.
- Pasukan profesional berpengalaman
Pasukan kami terdiri daripada pekerja yang profesional dan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis sisa dengan cekap.
- Mengasingkan sisa untuk dikitar semula
Pasukan kami akan mengasingkan sisa domestik yang sesuai untuk dikitar semula seperti kaca, elektronik, plastik, botol dan juga kertas dan akan menghantar sisa itu ke tempat pusat kitar semula.
- Khidmat pelanggan yang responsif
Staf perkhidmatan pelanggan kami terdiri dari pekerja yang responsif dan sedia untuk membantu anda melalui telefon, whatsapp, email, dan SMS.
Proses Kerja Pengurusan Sisa Domestik Kami
Langkah 1: Hubungi kami
Hubungi kami di talian dan berikan maklumat kepada kami mengenai lokasi, jenis sisa, tarikh servis yang diperlukan dan booking servis lori buang sampah kami.
Langkah 2: Kutipan Sisa Domestik
Pasukan kami akan menghantarkan tong roro dan membuat kutipan sisa domestik anda mengikut jadual yang telah dipersetujui.
Langkah 3: Pelupusan Sampah
Setelah selesai mengumpul semua sisa, pihak kami akan menghantar segala sisa di tapak pelupusan sampah yang telah diluluskan dan diperakui oleh pihak kerajaan.
Sila hubungi kami segera melalui telefon, Whatsapp, email untuk mendapatkan sebut harga untuk servis pelupusan sisa domestik dan khidmat pelupusan sisa makanan kami.
Harga Sewa Roro Bin
Sewa Roro Bin 3 Tan 12 Kaki
- 1) Dimensi: 12" X 2" X 7" (L X H X W)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) Sesuai untuk buang bahan binaan seperti batu dan lain-lain
- 5) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 6) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Sewa Roro Bin 3 Tan 12 Kaki
- 1) Dimensi: 12" X 3" X 7" (L X H X W)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) Sesuai untuk buang bahan binaan seperti batu dan lain-lain
- 5) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 6) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Sewa Roro Bin 3 Tan 12 Kaki
- 1) Dimensi: 12" X 4" X 7" (L X H X W)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) Sesuai untuk barangan pejal seperti perabot, besi, kertas, plastik, pokok dan barangan lain
- 5) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 6) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Sewa Roro Bin 3 Tan 12 Kaki
- 1) Dimensi: 12" X 5" X 7" (L X H X W)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) Sesuai untuk barangan pejal seperti perabot, besi, kertas, plastik, pokok dan lain-lain
- 5) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 6) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Sewa Roro Bin 10 Tan 16 Kaki
- 1) Dimensi: 16" X 8" X 2.5" (L X W X H)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 5) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Sewa Roro Bin 10 Tan 18 Kaki
- 1) Dimensi: 18" X 8" X 4.5" (L X W X H)
- 2) Tempoh sewaan - 5 hari
- 3) Hanya untuk kawasan di sekitar Lembah Klang dan Selangor sahaja
- 4) * Caj Tambahan untuk barangan seperti bahan makanan, pokok-pokok besar, dan kaca
- 5) Tempat pelupusan: Dengkil Inert Waste Landfill
Soalan Lazim
Adakah anda menyediakan tong sampah?
Di manakah anda menghantar sisa domestik pukal untuk dibuang?
- Kuala Lumpur Solid Waste Transfer Station di Taman Beringin, Kepong untuk segala sisa makanan dan kaca
- Dengkil Inert Waste Landfill (DIWL) untuk jenis sisa pukal domestik dan komersial termasuk kaca
- Pusat kitar semula yang ditetapkan untuk sisa barangan elektronik yang akan memastikan pelupusan yang selamat bagi barangan elektronik.
Testimoni
Encik Zul
RR Pro Transport (002523091-D)
Alamat
52K, Jalan Air Panas Bharu, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan KL.
Telefon
Hubungi kami hari ini
E-mel
Dapatkan Sebut Harga Percuma
Dapatkan informasi segera