Tips Apabila Keluarga Anda Pindah Rumah Dengan Anak Kecil
Jika anda merancang untuk berpindah rumah bersama anak-anak kecil, anda mungkin mendapati keluarga anda mungkin menjadi tertekan, tetapi ia sebenarnya tidak perlu menjadi sebegini.
Anda boleh membantu anak-anak bersedia untuk pindah rumah baru dengan langkah-langkah yang mudah di bawah.
Tips Apabila Keluarga Anda Pindah Rumah Dengan Anak-anak Kecil:
Terangkan butiran pemindahan dengan jelas
Apabila anda akan berpindah rumah dengan anak-anak kecil, beritahulah mereka tentang pemindahan tersebut dengan lebih awal dengan cara yang betul. Pastikan anda berkongsi berita pemindahan ini dengan anak-anak sebelum guru atau ibu bapa rakan mereka memberitahu mereka tentang berita ini.
Apabila anda memberitahu anak-anak anda tentang pemindahan yang akan datang, ia juga berbaloi untuk memberi mereka seberapa banyak maklumat tentang pemindahan yang akan datang yang termasuk:
– alamat rumah baru anda
– sekolah baru mereka
– nama taman baru anda
– sebab keluarga anda perlu berpindah
– rupa rumah baru anda, jika anak-anak belum melawat tempat itu lagi
Walaupun langkah di atas mungkin kelihatan seperti butiran yang tidak perlu diberitahu kepada kanak-kanak kecil, ia dapat membantu membuatkan mereka berasa lebih selesa dengan pemindahan tersebut.
Selepas anda telah memberitahu anak-anak anda berita tentang pemindahan rumah untuk keluarga anda, jangan biarkannya begitu sahaja. Walaupun berpindah ke tempat baru mungkin bermakna anak-anak anda perlu meninggalkan banyak perkara seperti sekolah, kawan-kawan, rumah mereka dan sebagainya, ia juga boleh membawa pengalaman yang baru dan menarik untuk mereka.
Bantulah anak-anak anda menantikan sekolah baru, rumah baru dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di lokasi kediaman baru. Ia juga penting untuk menjelaskan bahawa mereka tidak akan berpindah sendiri. Beritahu mereka bahawa seisi keluarga akan berpindah bersama termasuk adik-beradik, haiwan peliharaan atau mainan kegemaran mereka.
Lawati kawasan kejiranan baru anda
Luangkan sedikit masa untuk melawat kawasan baru kediaman anda sebelum menetap di sana. Anda mungkin boleh menghabiskan sedikit masa pada hujung minggu untuk membawa anak-anak anda melawat sekolah baru mereka atau mengunjungi tarikan tempatan dan kedai makanan yang berdekatan. Ini akan membantu anak-anak anda memahami dengan lebih lanjut tentang tempat tinggal yang baru dan mungkin membantu mereka menerima berita pemindahan dengan lebih baik.
Simpan barangan anak-anak bersama mereka
Apabila anda kemas barang pindah rumah, kami tahu anda ingin mengemas dengan pantas dan buang barang terpakai atau lama yang tidak lagi digunakan. Pemindahan boleh memberi tekanan kepada semua orang, terutamanya pada kanak-kanak, dan adalah penting anda mengekalkan rutin kehidupan dan keselesaan untuk mereka.
Biarkanlah anak-anak anda bermain dengan mainan kegemaran mereka, dan pastikan selimut kegemaran mereka sentiasa berada bersama mereka sepanjang pemindahan. Ini mungkin dapat membantu anak anda menerima pemindahan rumah yang lebih mudah.
Jadikan kerja pengemasan barang aktiviti yang menyeronokkan
Proses packing barang pindah rumah boleh menjadi perkara yang memakan masa yang panjang dan membosankan. Anda boleh membincangkan tentang suasana bilik tidur baru dengan anak-anak anda dan melibatkan mereka dalam penghiasan bilik baru mereka. Mereka mungkin suka dan teruja kerana dapat terlibat memilih perabot atau cadar yang baru.
Kekal positif
Proses berpindah ke lokasi baru boleh menjadi suatu pengalaman yang sukar untuk sesetengah orang dewasa dan kanak-kanak. Jadikan pengalaman tersebut sesuatu aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga dan kekal positif kerana emosi ibu bapa boleh mempengaruhi anak-anak anda.
Pilihlah syarikat pemindahan kami untuk berpindah rumah dengan anak kecil
Hilangkan tekanan pemindahan anda dengan mengupah pekerja profesional kami. Dapatkan perkhidmatan pemindahan kami yang boleh dipercayai dengan harga sewa lori pindah rumah yang murah. Pasukan pemindahan kami dapat membantu pelanggan untuk berpindah ke kediaman atau lokasi komersial yang baru di seluruh KL termasuk dari Puchong ke Rawang untuk semua keperluan pengangkutan lori sewa dan pemindahan anda.
Khidmat lori sewa kami boleh menampung pemindahan skala besar atau kecil. Dapatkan servis pindah rumah kami untuk pengalaman pemindahan yang lancar untuk keluarga anda.