Servis Pindah Peti Keselamatan Deposit Dengan Mudah

Sama ada anda perlukan servis pindah peti keselamatan deposit kerana perlu berpindah rumah atau premis perniagaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira. Kebanyakan peti keselamatan deposit adalah sangat berat dan tidak mudah dialihkan oleh hanya seorang individu.

Pemindahan peti keselamatan deposit yang besar memerlukan peralatan pakar dan pekerja pemindahan yang profesional dan berpengalaman dalam menilai kedua-dua logistik dan langkah keselamatan yang diperlukan. 

Jenis safe atau peti keselamatan besi paling biasa yang perlu dipindahkan ialah peti keselamatan besi jenis berdiri, peti besi deposit tunai dan peti kabinet jenis kalis api.   

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa pemindahan peti keselamatan:

1. Kosongkan kandungan peti keselamatan/safe

Terdapat risiko bahawa kandungan berharga di dalam peti besi boleh rosak apabila dialihkannya. Kami mengesyorkan agar anda menyimpan barang berharga di lokasi lain yang selamat sebelum pemindahan. Untuk barangan yang lebih berat, pertimbangkan untuk mengeluarkannya daripada peti besi tersebut untuk mengurangkan beratnya semasa pemindahan.

2. Lindungi rumah dan perabot sekeliling

Berhati-hati untuk menutup sebarang perabot berdekatan atau kosongkan kawasan di sekeliling peti keselamatan deposit untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan memastikan barangan perabot berharga dilindungi semasa peti keselamatan anda dipindahkan.

3. Berikan maklumat sebanyak mungkin

Adakah anda menjangkakan terdapat sebarang cabaran atau halangan seperti tangga, laluan sempit, atau sudut sempit dalam proses mengalihkan peti keselamatan deposit di rumah, kedai atau pejabat anda? Penilaian di lokasi pemindahan mungkin diperlukan untuk syarikat pemindahan menentukan kerja pemindahan yang perlu dijalankan.

4. Membuat rancangan dengan lebih awal

Rancang dan sediakan ruang di mana anda ingin peti keselamatan deposit anda diletakkan di lokasi baru sebelum pekerja memindahkannya ke kedudukan barunya.

5. Keselamatan

Tidak ada yang lebih berharga daripada kesihatan dan kesejahteraan seseorang.  Elakkan risiko dan kecederaan badan yang serius dan ingat bahawa kerja mengalihkan peti keselamatan deposit yang besar memerlukan peralatan, pengetahuan dan pengalaman pakar pemindahan yang betul untuk memastikan ia dipindahkan dengan selamat dan tanpa sebarang kemalangan.

Memindahkan peti keselamatan deposit sebaiknya dilakukan oleh syarikat pemindahan yang profesional dengan menggunakan peralatan seperti troli dan lori sewa tailgate. Semua ini mesti dilakukan dengan selamat oleh syarikat pemindahan tersebut yang memastikan gangguan yang minima kepada anda, keluarga, kakitangan atau perniagaan anda.

Hubungi pekerja peti keselamatan deposit kami jika anda memerlukan sebarang nasihat dan servis pindah peti keselamatan deposit di Kuala Lumpur, Petaling Jaya atau kawasan lain di Selangor.