Tips Penting Semasa Kemas Barang Untuk Pindah ke Rumah Baru di Kuala Lumpur dan Selangor
Bacalah tips penting semasa kemas barang untuk pindah rumah baru di lokasi Kuala Lumpur atau Selangor di artikel ini.
Apakah yang harus dikemas dulu semasa pindah rumah
Apabila anda mula mengemas barangan sebelum berpindah ke rumah kediaman baru, anda harus ingat bahawa pengemasan barang merupakan proses yang memerlukan kesabaran. Selalunya, kita akan menangguh dan meninggalkan pengemasan barangan sampai minit yang terakhir yang akan mengakibatkan barangan kita hilang atau rosak. Keadaan ini mungkin kelihatan tidak mungkin berlaku, tetapi percaya atau tidak, keadaan ini masih berlaku kepada sesetengah orang. Berikut merupakan pandangan-pandangan yang menyeluruh tentang apa yang perlu dikemas dulu sebelum berpindah ke tempat baru.
Bersiap sedia dulu
Walaupun anda hanya meletakkan satu barang dalam kotak, anda masih perlu bersedia untuk pemindahan yang seterusnya. Kami mengesyorkan bahawa anda menyediakan kalendar pengemasan barang untuk memastikan anda mengemas barang dengan baik. Pengaturan jadual pengemasan barangan setiap hari akan membantu anda melawan perasaan letih, jadi mengaturlah masa anda dengan baik. Selain itu, pastikan anda mempunyai alat-alat pemindahan dan pembungkusan barang: kotak kosong, pita pembungkus, “bubble wrap” dan bahan-bahan kusyen lain seperti styrofoam kecil dan pembungkus plastik.
Seterusnya, buatlah satu inventori terperinci tentang semua barang yang dimiliki. Jangan hanya mengira kuantiti barangan yang ada, gunalah peluang ini untuk membuang barangan yang tidak diperlukan supaya dapat menjimatkan ruang dan tenaga. Bahagikan barangan kepada satu kategori yang anda akan simpan barangan tersebut, satu kategori untuk barangan yang akan dijual/diderma, dan satu kategori untuk barangan yang akan dibuang. Sekiranya anda telah mengetahui perkara-perkara yang anda akan berurusan, anda sudah bersedia untuk menanangi isu tentang apa yang harus dikemas dulu semasa berpindah.
Bermula Kemas Barang Awal
Ingat, anda mempunyai kalendar yang menentukan jadual anda. Sekiranya anda belum bermula untuk mengemas barang, anda boleh bermula dengan barang-barang yang kecil lebih kurang empat minggu sebelum berpindah. Bermula dengan mengemas barangan yang tidak penting pada masa ini, dan pastikan anda mempunyai barang keperluan harian. Berikut merupakan senarai barangan yang perlu dikemas dan bila mengemasnya.
Empat Minggu Lagi Sebelum Berpindah
- Barangan yang tidak sering digunakan: Barangan hiasan dan pakaian.
- Barangan lebihan: Tuala, selimut dan alatan pejabat yang sudah tidak diguna.
- Koleksi barangan: Buku nota, barangan seni, koleksi koin dan sebagainya.
Tiga Minggu Lagi Sebelum Berpindah
- Barangan seni dan hiasan rumah: Bingkai gambar bersama gambarnya, cenderahati dan barangan antik. Kemas dengan berhati-hati kerana barang-barang ini mudah pecah.
- Barangan hiburan: Buku, CD, rekod vinil, DVD, permainan video.
- Peralatan dapur khas: Kristal halus dan mangkuk cina, dan juga kuali, alat barbeku serta peralatan dapur lain yang tidak sering digunakan.
Dua Minggu Lagi Sebelum Berpindah
- Permainan kanak-kanak: Mengemas semua teka-teki, patung-patung dan permainan lain yang belum dibungkus. Biar anak-anak memilih beberapa jenis permainan mereka untuk dimain sehingga hari pindah rumah.
- Barang kemas: Simpan beberapa jenis barang kemas anda dan simpan yang selebihnya dalam kotak barang kemas.
- Kain linen yang lebih: Setiap orang harus mempunyai satu set tuala kecil dan tuala besar untuk digunakan. Kain linen yang lebih harus dikemas pada masa ini.
Satu Minggu Lagi Sebelum Berpindah
- Elektronik: Pastikan tiada alat elektronik tertinggal – telefon, komputer, tablet dan sebagainya.
- Peralatan dapur yang lebih: Semua peralatan dalam dapur anda harus dikemas pada masa ini, termasuklah alat makan, pinggan mangkuk dan gelas minuman.
- Dobi: Pastikan anda mempunyai pakaian yang mencukupi untuk dipakai sehingga hari pemindahan.
- Ubat dan alat bilik mandi: Kemaskan semua barang yang tidak diperlukan, dan menyediakan satu kit pertolongan kecemasan yang senang dibawa.
1-2 Hari Lagi Sebelum Hari Pemindahan
- Perabot dan Perkakas: Ini merupakan proses pemindahan yang tidak senang dijalankan. Berhati-hati semasa anda memindahkan perabot melalui koridor yang ketat atau tangga pendek.
- Tirai, permaidani dan perabot lain: Ini merupakan kategori “pelbagai”.
- Kotak peralatan: Pastikan anda mempunyai alat-alat asas yang senang dicari, sebab anda berkemungkinan akan menggunakan mereka untuk kerja pemasangan di tempat baru.
Hari Pemindahan
- Katil dan bingkai katil: Kini sudah tiba masanya untuk memindahkan katil dan kain cadar anda.
- Kelengkapan mandi dan ubat: Hanya perlu bersedia untuk pengemasan
- Barangan untuk kanak-kanak dan haiwan peliharaan (termasuk makanan ringan): Ini adalah penting untuk memastikan kanak-kanak berasa mereka akan kembali ke rutin harian mereka dengan cepat selepas pemindahan rumah.
- Kelengkapan pembersihan: Anda berkemungkinan perlu membersihkan tempat anda sekali lagi sebelum anda meninggalkan tempat tersebut.
Pada hari pemindahan, tinggalkan semuanya untuk diuruskan oleh pekerja pindah rumah kami.
Telefon kami untuk info tentang servis packing barang pindah rumah kami di Lembah Klang dengan segera.