Checklist Pindah Rumah Semasa Pemindahan Anda di Kuala Lumpur dan Selangor

Kami telah menyediakan checklist pindah rumah ini untuk membantu anda menjejaki dan memastikan semua langkah yang penting telah dilaksanakan sepanjang proses pindah rumah anda di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Senarai ini merangkumi semua perkara penting yang anda perlu mengambil perhatian untuk pemindahan anda, daripada mengambil pekerja pengangkut ke penganjuran rumah terbuka.

Selamat pindah rumah!

1 bulan sebelum anda berpindah

– Sekiranya anda belum menetapkan tarikh pemindahan dengan syarikat pindah rumah anda, sila semak bahawa mereka dapat menyediakan perkhidmatan pada tarikh yang anda hendaki. Sekiranya anda sudah mendapat sebut harga untuk pemindahan tetapi belum memilih syarikat, sila semak ulasan syarikat mereka dalam talian. 

– Ini adalah kerana sesetengah syarikat pindah rumah mungkin akan mengenakan bayaran lebih semasa musim puncak seperti cuti umum, anda dapat mengelakkan keadaan ini jika masa pemindahan anda fleksibel.

2 Minggu Sebelum Anda Berpindah

Pada tahap ini untuk pemindahan, ia adalah lebih kepada mengesahkan butiran penting sebagai persediaan untuk pemindahan. Sekiranya syarikat pemindahan anda tidak dapat menyediakan perkhidmatan tambahan seperti membuka dan memasang semula perabot dan packing barang pindah rumah, ini merupakan masa yang baik untuk mengatur perkara-perkara tersebut.

Pada hari pemindahan rumah, anda berkemungkinan akan meninggalkan anak-anak atau haiwan peliharaan anda untuk dijaga dengan ahli keluarga agar anda dapat memberi tumpuan dalam pemindahan rumah dengan cekap.

– Pengesahan butiran dengan syarikat pemindahan- mengesahkan masa, nombor kecemasan, tempat letak kereta dan tunjuk arah ke rumah.

– Menempah perkhidmatan dan mencari orang untuk menjalankan perkhidmatan tertentu sekiranya syarikat pemindahan anda tidak menyediakan perkhimatan seperti pembersihan rumah.

1 minggu sebelum anda pindah rumah

Ini merupakan minggu terakhir anda tinggal di rumah lama anda sebelum anda pindah ke rumah baru, dan keutamaan untuk minggu ini adalah mengatur, melengkapkan pengemasan dan bersiap sedia untuk pemindahan!

– Melengkapkan pengemasan barang anda sebanyak mungkin supaya anda bersiap sedia untuk pemindahan. Pastikan anda menjalankan perkara secara sistematik dan jangan lupa tentang permainan dan juga peralatan luar rumah.

– Memberi rujukan kotak untuk bilik-bilik dan mewarnakan kotak-kotak untuk memudahkan penyusunan barang pada hari tersebut.

Pada hari pemindahan rumah anda

Ini merupakan hari penuh emosi. Pastikan anda berasa tenang dan terkawal dengan perancangan, iaitu anda akan mengetahui perkara-perkara yang anda perlu uruskan pada pagi terakhir di rumah lama anda. Anda perlu bersiap sedia apabila syarikat pemindahan tiba supaya mereka dapat memulakan pemindahan dengan segera. Kenal pasti kotak-kotak yang memerlukan penjagaan khas atau tidak perlu dipindah oleh mereka. Pastikan anda mengambil bacaan meter dan memberi bacaan tersebut kepada pembekal anda dan tinggalkan kunci untuk pemilik yang seterusnya. Kini tiba masanya untuk berpindah ke rumah baru anda! 

-Pastikan anda mengambil kotak dan barang yang mudah pecah bersama anda ke kereta untuk dipindahkan sendiri.

-Pastikan satu orang akan tinggal bersama syarikat pemindahan sampai akhir sehingga mereka melengkapkan pembungkusan untuk memeriksa inventori pembungkusan

– pastikan anda berpuas hati dengan semua perkhidmatan kerana anda perlu meletakkan tandatangan sebagai pengesahan penerimaan perkhidmatan

– Pastikan syarikat pemindahan mempunyai butiran talian hubungi anda, dan memastikan alamat baru rumah anda

Jika keluarga anda perlukan khidmat lori sewa pindah rumah di sekitar kawasan Lembah Klang, sila hubungi pasukan kami hari ini!