Persiapan Pindah Rumah Yang Anda Perlu Ketahui
Tidak kira berapa kali anda berpindah rumah sama ada hanya di Kuala Lumpur dan Selangor atau ke negeri lain, anda selalu akan mencari sesuatu yang anda ingin lakukan dengan cara berbeza.
Kami telah mencipta panduan ini untuk membantu anda dalam persiapan pindah rumah dan untuk memastikan pemindahan rumah anda berjalan lancar dan mengikut jadual.
Walaupun persepsi kebanyakan orang ramai, persiapan untuk berpindah rumah tidak perlu menjadi tugas berat. Dengan perancangan dan penyediaan yang betul, sebenarnya ia boleh jadi proses yang mudah dan lancar. Ia sepatutnya merupakan masa perayaan untuk babak baru dalam kehidupan anda, dan bukan sumber tekanan dan kebimbangan.
Buat Garis Masa dan Jadual Pemindahan
Berpindah rumah itu adalah rumit dan mempunyai banyak langkah yang perlu anda ambil. Untuk membantu memastikan anda berada di landasan yang betul, pastikan anda membuat jadual dan garis masa yang bergerak dengan tugas yang perlu anda selesaikan minggu demi minggu untuk memastikan anda siap apabila lori sewa tiba di kediaman anda semasa hari pemindahan.
Sediakan Bajet Untuk Lori Sewa dan Servis Pekerja
Sebelum memulakan persiapan berpindah rumah anda, ia adalah penting untuk memastikan berapa wang yang anda ingin belanjakan untuk membantu anda sepanjang jalan untuk kerja pemindahan.
Antara kos berpindah rumah adalah:
- Khidmat sewa lori dan pekerja yang baik
- Kos kotak-kotak untuk menyimpan barang
- Servis tambahan seperti pembongkaran perabot atau pembungkusan barang
Dapat kan pertolongan dari keluarga dan kawan kalau mereka senang untuk menolong anda pada hari pemindahan.
Dapat Bekalan Pembungkusan Untuk Barang Rumah Anda
Salah satu tugas yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan pembungkusan barang adalah pengumpulkan semua bekalan, termasuk kotak dan alat untuk membuat pembungkusan anda lebih mudah. Kami ada membekalkan kotak-kotak untuk pelanggan yang nak membungkus barangan dapur dan anak mereka.
Membuang Barang Lama Yang Tidak Lagi Diperlukan
Selepas anda telah mengemaskan semua barangan anda, anda perlu mencari khidmat untuk membuang barangan lama seperti perabot, tilam dan sampah bersaiz besar yang dah tak diperlukan lagi.
Walaupun selepas merancang dan bersiap sedia untuk berpindah rumah, anda perlu mengingati petua dan cadangan di atas untuk pemindahan rumah yang lebih lancar.
Sila hubungi kita hari ini untuk lori sewa pindah rumah dari 1 tan ke 10 tan dengan harga yang berpatutan dan tips pemindahan rumah yang lain.