Lori 3 Tan di Kuala Lumpur dan Selangor

Servis sewa lori 3 tan kami dengan pemandu lori adalah salah satu daripada servis kami yang kerap ditempah oleh pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Lori 3 tan adalah sesuai untuk mengangkut barang-barang, peralatan, atau perabot yang lebih banyak pada masa yang sama. Lori jenis ringan ini mempunyai kabin yang panjangnya 14 kaki dan mempunyai ruang dan memberi pelindungan untuk memuatkan barangan yang bersaiz lebih besar.

Lori 3 tan sesuai untuk pemindahan jenis sederhana. Jika pemindahan anda mempunyai katil saiz king (ukuran lebih kurang 6 kaki x 6 kaki) dan tilam, lori 3 tan dan ke atas sesuai untuk pemindahan anda.

Lebih info mengenai lori 3 tan kami:

Dimensi Kotak: 14’ X 7’2’’ X 7’ (L X W X H)

Berat Kasar Maksimum: 3,000 Kg

Satu perkara penting yang anda perlu prihatin adalah untuk mendapatkan informasi dan kebenaran daripada pihak pengurusan kondo atau apartment anda tentang jenis lori yang dibenarkan masuk untuk memindahkan barang di tempat anda. Ini adalah kerana sesetengah kondominium mempunyai had ketinggian maksima 7 kaki untuk lori di kawasan loading bay.

Jika lori 3 tan (14 kaki) tidak dapat masuk ke kawasan loading bay, pekerja-pekerja dari syarikat pemindahan perlu meletakkan lori di luar kawasan kondo dan menggunakan troli untuk membawa barangan dari unit anda ke dalam lori. Dalam situasi ini, pemindahan anda mungkin memakan masa yang lebih banyak daripada yang ditetapkan dan kos tambahan akan dikenakan kerana jarak yang lebih jauh (antara lori dan rumah atau pejabat anda).

Hubungi kami hari ini untuk lebih info dan menempah lori sewa 3 tan untuk pemindahan anda.