Lori 1 Tan di Kuala Lumpur dan Selangor

Servis sewa lori 1 tan kami dengan pemandu lori adalah salah satu daripada servis kami yang paling popular di Kuala Lumpur dan Selangor.

Lori 1 tan adalah lori kecil dalam armada lori kami. Lori 1 tan sesuai untuk pemindahan yang kecil dan ringan dan biasanya digunakan untuk mengangkut barangan yang asas. Untuk tugasan pemindahan yang kecil, saiz lori 1 tan adalah paling sesuai kerana ia mudah dimuatkan dan memunggahkan barangan.

Sedikit informasi untuk menganggar saiz lori sewa untuk pemindahan anda:

  • Sofa (3 + 2 + 1) seater akan mengambil tempat separuh muatan satu lori 1 tan
  • Lori saiz 1 tan boleh menampung kira-kira 1-2 bilik barang-barang dan perabot untuk 1 – 2 bilik (seperti 1 katil, 1 almari, 1 peti sejuk 1 pintu, 1 mesin basuh, 1 meja belajar, 1 meja solek dan lebih kurang 10-15 barangan dalam kotak.
  • Lori 1 tan dapat memuatkan katil jenis single atau queen dan tilam (saiz katil jenis king tidak boleh muat dalam lori 1 tan)

Lebih info mengenai lori 1 tan kami:

Dimensi Kotak: 9’ X 5’ X 5’ (L X W X H)

Berat Kasar Maksimum: 1,000 Kg

Lori 1 tan kami sentiasa dijaga dan diperiksa dengan baik, dan bersedia untuk bertugas apabila anda memerlukannya untuk memindahkan barang atau benda di mana saja destinasi mereka di Kuala Lumpur, Selangor atau kawasan yang berdekatan.

Hubungi kami hari ini untuk lebih info dan menempah lori sewa 1 tan untuk pemindahan anda.