Servis Roro Bin di Kuala Lumpur dan Selangor

Pengurusan tong sampah dan khidmat sewa roro bin kami biasanya digunakan di premis komersial dan perindustrian di Kuala Lumpur dan Selangor. Tong sampah roro kami sesuai untuk keperluan pembuangan sisa pembinaan untuk jangka panjang yang berkemungkinan besar akan menghasilkan sisa buangan yang banyak.

Untuk mengelakkan gangguan kepada operasi bisnes harian anda, kami dapat menghantar, menukar atau mengumpulkan tong sampah roro di lokasi anda dalam masa yang singkat. Ia sesuai untuk mengisikan bahan buangan yang ringan dan besar dengan mudah.

Faedah Untuk Sewa Tong Sampah Roro Kami:

– Harga yang Kompetitif

– Pelbagai Saiz dan Kapasiti Tong Roro

– Pertukaran Tong dan Pengumpulan Pantas

Siapakah yang Sesuai untuk Sewa Tong Sampah Roro Kami?

Lori dan tong Roll On, Roll Off (Roro) kami adalah pilihan bijak bagi mana-mana syarikat dengan mempunyai sampah banyak yang perlu dilupuskan, terutamanya bagi organisasi komersial yang terlibat dalam sektor pembinaan, pembuatan atau pengedaran kerana mereka mempunyai keperluan untuk membuang bahan buangan dengan lebih kerap. Setiap perniagaan yang mempunyai keperluan berterusan untuk pembuangan sampah yang banyak harus mempertimbangkan pilihan tong sampah roro kami.

Bagaimana Perkhidmatan Roro Bin Kami Berfungsi

Anda boleh memilih untuk sewa tong sampah besi dengan saiz lebih besar untuk keperluan secara jangka panjang dan ia hanya memerlukan sebahagian kecil daripada kos perkhidmatan pembuangan oleh syarikat yang lain.

Bayaran akan dikenakan untuk memindahkan tong sampah roro ke lokasi yang ditentukan (dan bayaran sekali lagi untuk pengumpulan), tetapi kos tambahan hanya akan ditambah dengan berat sampah yang dimasukkan ke dalam bekas tong. Ini adalah sangat bermanfaat bagi mereka yang mempunyai sisa ringan.

Saiz Tong Sampah Roro Sedia Ada

Kami menyediakan pelbagai saiz tong roro untuk memberikan penyelesaian bagi setiap keperluan pembuangan sampah. Kami menyedari bahawa semua pelanggan mempunyai jumlah dan jenis sampah yang berbeza, kami menawarkan lori roro 3 tan dan 5 tan. Sekiranya keperluan anda melepasi tahap tersebut, sila berbincang dengan kami untuk penyelesaian dengan lebih lanjut.

Tong sampah besi kami boleh digunakan untuk sampah am, sisa pembinaan bangunan seperti batu bata, jubin, konkrit, tanaman, pokok yang telah potong, kayu, plastik dan bahan logam.

Kami akan meletakkan tong sampah roro anda di lokasi yang paling sesuai. Sebagai alternatif, kami juga dapat mengatur kemudahan “wait and load” untuk akses pembuangan yang cepat atau di tempat yang mempunyai ruang kecil.

Kami boleh menyesuaikan masa penghantaran mengikut keperluan anda. Walaubagaimanapun, kami ingin memaklumkan bahawa meletakkan tong sampah roro di jalan berturap, tanah yang lembut dan permukaan yang tidak rata adalah tidak sesuai dan jika dilakukan adalah dengan risiko anda sendiri.

Walaupun menangani sampah secara bertanggungjawab adalah kewajipan dari segi undang-undang, tetapi ia masih dapat memberikan keuntungan kepada anda dari segi kewangan atau memberikan persekitaran yang bersih.

Selain perkhidmatan tong sampah roro, kami juga menawarkan perkhidmatan lori buang sampah secara pukal di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Petaling Jaya untuk rumah kediaman atau komersial dengan harga yang berpatutan. Hubungi atau hantarkan emel kepada kami untuk maklumat lebih lanjut hari ini!